Wednesday, March 19, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Palestin bantu Hizbullah, dipenjara

    BAITULMAQDIS, 4 JULAI – Sebuah mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan ke atas seorang wanita Palestin dari timur Baitulmaqdis dan denda selepas dia mengaku membantu kumpulan pejuang Hizbullah selama beberapa tahun.

    Sebagai sebahagian daripada tawaran, Yasmine Jaber disabit bersalah selepas dia mengaku berhubung dengan ejen asing, menjadi ahli pertubuhan pengganas dan dakwaan lain berkaitan keganasan.

    Kertas pertuduhan berkata dia berhubung dengan dua ejen Hizbullah di Facebook, Instagram dan WhatsApp. Dia dijemput oleh salah seorang mereka untuk menghadiri sidang mengenai perjuangan Palestin di Beirut. Dia berkunjung ke sana pada 2015 dan sekali lagi pada 2016 yang melanggar undang-undang Israel, dan mengekalkan hubungan dengan anggota Hizbullah selama beberapa tahun, katanya.

    Hakim Mahkamah Daerah Baitulmaqdis berkata dalam keputusannya beliau menjatuhkan hukuman ringan kerana Jaber mengakui perbuatannya, bertanggungjawab dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 30 bulan bermula 4 Ogos, tempoh percubaan 12 bulan dan denda 5,000 shekel. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda