Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Palestin maut ditembak

    RAMALLAH, PALESTIN, 1 JUN – Seorang wanita Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat kelmarin, lapor agensi Anadolu, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan.

    Ghufran Harun Warasneh, ditembak di dada berhampiran kem Al-Aroub, utara Hebron.

    Wanita itu dimasukkan ke hospital Al-Ahly dalam keadaan kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

    Tentera Israel bagaimanapun, mendakwa wanita itu bersenjatakan pisau dan cuba menyerang seorang anggotanya, menyebabkan tentera bertindak melepaskan tembakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda