RENNES, 3 Jan – Seorang wanita Perancis, suspek yang disenarai hitam Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana merekrut anggota untuk kumpulan militan Daesh, ditahan tentera Kurdish di Syria.
Ibunya memberitahu akhbar Ouest-France, Emilie Koenig, 33, ditahan di kem Kurdish dan sedang disoal-siasat, selain diseksa.
Anak kepada anggota polis Perancis itu dikatakan memasuki Syria pada 2014 dan melahirkan tiga anak di negara itu. – AFP