Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Wanita paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan di India

    NEW DELHI, 3 JULAI – Kebanyakan mangsa rempuhan di sebuah perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India kelmarin adalah wanita, menurut senarai kematian.

    Kira-kira 250,000 orang berkumpul di sebuah kampung di kawasan Sikandra Rao di daerah Hathras, kira-kira 180 km dari New Delhi, untuk mendengar seorang guru kerohanian yang dikenali sebagai Bhole Baba berceramah.

    Jurucakap pihak berkuasa tempatan mengesahkan kematian sekurang-kurangnya 121 orang, termasuk kanak-kanak, dan mayat mereka dihantar ke bandar Agra, Aligarh, Etah dan Hathras untuk bedah siasat.

    Ramai mangsa sedang dirawat di bandar berhampiran, termasuk di hospital Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru, Universiti Aligarh Muslim.

    Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath kelmarin berkata rempuhan berlaku pada waktu petang apabila pengikut berasak-asak untuk menyentuh penceramah selepas program berakhir. Beliau hari ini telah pergi ke Hathras dan melawat mangsa yang cedera di hospital. Kerajaan India mengumumkan pampasan sebanyak RM11,300 kepada keluarga setiap mangsa yang meninggal dunia manakala setiap orang yang cedera akan menerima sejumlah RM2,825.

    Media tempatan yang merujuk saksi melaporkan keadaan menjadi huru-hara ketika orang ramai bergegas meninggalkan tempat itu. – Bernama

    Mangsa yang terselamat berada di tapak rempuhan yang telah mengorbankan ratusan orang semasa acara perhimpunan tersebut di Hathras, Uttar Pradesh, India kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...