Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita pecah masuk rumah ditahan reman

    Oleh Rafidah Jumat

     

    mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 6 April – Seorang wanita tempatan terpaksa akur dengan keputusan Mahkamah Majistret apabila diperintahkan untuk ditahan reman selepas perbuatannya memecah masuk sebuah rumah dirakam CCTV dan disebarluaskan di media sosial.

    Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan tahan reman ke atas Siti Naqiah binti Abdullah, 25, yang didakwa melakukan curi bersama rakan sejenayahnya di sebuah rumah di Lorong Tiga Selatan, Seria sekitar 5 dan 6 Januari 2017.

    Dia juga berdepan tuduhan memecah masuk sebuah rumah di Perumahan BSP, Seria pada 6 Mac 2017.

    Dalam sebutan, Majistret Kanan Lailatul Zubaidah turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali untuk kes tertuduh dipindahkan ke Mahkamah Perantaraan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda