Tuesday, April 8, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita pembuat keputusan di Sabah masih rendah

    KOTA KINABALU, 6 APRIL – Komposisi wanita dalam kalangan pembuat keputusan di sektor awam negeri Sabah masih rendah iaitu hanya 14 peratus, kata Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

    Beliau berkata penyertaan wanita dalam kumpulan pembuat keputusan badan berkanun negeri (GLC) termasuk sebagai ahli lembaga pengarah dan Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) pula hanya 24 peratus manakala di sektor pihak berkuasa tempatan (PBT) juga masih rendah.

    Justeru, beliau berkata usaha lebih berstruktur perlu dilaksanakan bagi meningkatkan jumlah wanita dalam kumpulan pembuat keputusan bagi sektor awam Sabah, badan berkanun dan PBT di negeri itu.

    “Namun, dalam sektor keusahawanan, wanita menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila 69.3 peratus daripada pemilik perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah wanita,” katanya kepada Bernama.

    Azizah berkata kerajaan telah mengambil langkah proaktif dalam memperkasakan wanita menerusi pelbagai program, kursus dan latihan serta bimbingan mengenai pengurusan kewangan dalam bidang keusahawanan yang telah memanfaatkan 17,290 wanita.

    Antara program dilaksanakan termasuk Program Ekonomi Pembangunan Mampan (OMEGA) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyasarkan pemerkasaan ekonomi ibu tunggal dan suri rumah yang kehilangan ketua rumah tangga. – Bernama

    Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata wanita pada masa kini bukan sekadar penerima manfaat, tetapi juga pencipta perubahan dalam masyarakat melalui penglibatan aktif dalam pelbagai sector. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja