Monday, December 23, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita pertama mendaki gunung menggentarkan di Guyana

    Ia merupakan kisah seorang wanita muda yang dilahirkan hanya untuk mendaki dan mencapai puncak.

    Wanita itu, Anna Taylor berusia 21 tahun dan telah berjaya menamatkan salah satu cabaran mendaki yang paling sukar di dunia – sekali gus menjadi wanita pertama yang berjaya menakluki tembok Roraima yang menggentarkan di hutan rimba Guyana.

    Wanita Britain itu merupakan salah seorang daripada ahli pasukan yang mengelarkan diri mereka The Briton merangkumi enam pendaki yang kuat dan mengembara sejauh 33 batu dari hutan yang tidak mempunyai laluan khas bagi menawan gunung yang menggentarkan itu.

    Kemudian, mereka mengambil masa selama dua minggu untuk mendaki gunung tersebut yang berketinggian sekitar 2,000 kaki – tidur di khemah-khemah gantung khas dengan pemandangan yang curam di bawahnya.

    Puncak gunung tersebut iaitu di paras atas laut 9,000 kaki itu dikatakan telah mempengaruhi penulis novel Sir Arthur Conan Doyle, melalui bukunya The Lost World – di mana dinosaur akan berkeliaran di kawasan itu – dan filem animasi 2009, Up, di mana karakter tiba di sebuah rumah terapung diterbangkan dengan bantuan beribu-ribu belon.

    Taylor merupakan satu-satunya wanita dalam pasukan tersebut yang ditaja oleh jenama luar UK, Berghaus dan mula mendaki ketika berusia sepuluh tahun. – Agensi

    Taylor, dari Windermere, Cumbria, merupakan ahli termuda dalam pasukan tersebut dan mereka melakukan ekspedisi meredah hutan. – Agensi
    Gunung ini pertama kali ditemui oleh pendaki Eropah bernama Sir Walter Raleigh semasa ekspedisinya pada tahun 1595. – Agensi

    Taylor, dari Windermere, Cumbria, merupakan ahli termuda dalam pasukan tersebut dan mereka melakukan ekspedisi meredah hutan serta berdepan dengan labah-labah, ular, kala jengking dan paya dengan diketuai Leo Houlding yang berusia 39 tahun.

    Mereka mendaki melalui laluan baharu di kawasan gunung tersebut dan dikenali sebagai – The Wall – serta memaparkan mereka mendaki dengan cara muka mendongak dan menegak.

    Pengalaman yang berharga

    Sekarang, apabila sudah pulang ke rumah, Taylor berkata bahawa ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa sepanjang kehidupannya. ‘The Wall’ sangat curam dan ia sangat mencabar untuk ditawan. “Kami tidur di ‘portaledges’ – pada dasarnya khemah tergantung khusus untuk pendaki batu yang mendaki tembok gunung yang menegak.

    “Kami memanjat tali dan melakukan pendakian sepanjang masa. Pangkalan pendakian terakhir kami adalah tebing selebar tiga kaki dan panjang 30 kaki yang boleh kami duduki. Ia sangat menakjubkan untuk sampai ke puncak gunung. Selang beberapa hari sebelum berakhirnya ekspedisi tersebut, keadaan cuaca telah mempengaruhi perasaan kami dan bimbang jika kami sampai atau tidak ke puncak gunung,” jelasnya kepada media.

    “Kami sudah berada di hutan selama sebulan dan berdepan pelbagai cabaran – ribut yang menakutkan, labah-labah, ular, kala jengking, air terjun, pendakian yang tidak berkesudahan, paya, hutan lumpur, merentas sungai, luka yang banyak, lebam dan memanjat tebing yang menakjubkan,” jelas Taylor lagi.

    Taylor merupakan satu-satunya wanita dalam pasukan tersebut yang ditaja oleh jenama luar UK, Berghaus, dan mula mendaki ketika berusia sepuluh tahun. Ayahnya, Simon merupakan tukang paip manakala ibunya, Julie, sangat suka melakukan aktiviti mendaki dan menjadikan aktiviti itu sebagai hobi utama mereka.

    Houlding, seorang pendaki gunung yang berpangkalan di Lake District berkata bahawa Taylor mempunyai pendekatan yang tenang dan mempunyai teknik yang kreatif terhadap segala-galanya dan hanya menerima apa sahaja yang berlaku.

    “Melalui mata pendaki, ia tidak menyamai seperti Prow Mount Roraima,” terang Houlding.

    “Kelihatan tinggi di atas Guyana dan terletak di hutan rimba Guyana, gunung itu kelihatan seperti busur kapal gergasi – dua kali ketinggian Menara Eiffel dan bukit yang lebih tinggi dari Ben Nevis – gunung ini seakan-akan mewujudkan cuacanya sendiri, sentiasa diselubungi dengan awam putih,” terang Houlding.

    Pertama kali ditemui

    Gunung ini pertama kali ditemui oleh pendaki Eropah bernama Sir Walter Raleigh semasa ekspedisinya pada tahun 1595. Ia merupakan puncak gunung Tepui – yang terletak di sempadan antara Guyana, Brazil dan Venezuela di lembah Amazon.

    Digelar sebagai ‘Pulau Terapung’, para saintis mengatakan bahawa gunung ini mempunyai eko sistem yang unik apatah lagi persekitarannya yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang menakjubkan.

    Di puncaknya pula, terdapat 20 kilometer persegi daratan, namun dikelilingi dengan tebing-tebing bukit yang tinggi.

    Pasukan pendakian itu tidak perlu untuk mendaki turun gunung tersebut sebaliknya pasukan tersebut dibawa pulang dari dataran tinggi itu dengan menggunakan helikopter.

    Houlding sekali lagi telah berjaya mengalahkan Jeremy Clarkson dalam perlumbaan di Verdon Gorge di Provence semasa aksi untuk Top Gear. Clarkson telah mendaki ke puncak gunung di sepanjang jalan yang mencabar sementara yang lain berjalan kaki dan mendaki gunung untuk berada di kemuncak gunung. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda