Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita rugi AS$350,000, percaya bercinta dengan pelakon Squid Game

    SEOUL, 7 NOV – Seorang wanita dari Korea Selatan berusia lingkungan 50an menyangka dia menjalin hubungan cinta dengan bintang Squid Game, Lee Jung-Jae dan mengirim wang kira-kira AS$350,000 kepada seorang scammer dalam talian, lapor Oddity Central.
     
    Dengan teknologi AI yang kini mudah didapati, para penipu mempertingkatkan taktik mereka, mengambil kesempatan terhadap kepercayaan melulu sesetengah individu yang mudah tertipu.
     
    Contohnya, seorang wanita berusia 50an dari Miryang, Korea Selatan, percaya bahawa dia sedang menjalinkan hubungan jarak jauh dengan pelakon utama Squid Game, Lee Jung-jae, selepas dihubungi oleh seseorang yang mengaku sebagai pelakon itu di media sosial. 
     
    Menggunakan imej Lee Jung-jae yang dijana oleh AI, penipu tersebut berjaya meyakinkan wanita itu, yang hanya dikenali sebagai A oleh media tempatan, sehingga sanggup mengirim sejumlah besar wang.
     
    “Saya adalah pelakon Lee Jung-jae. Saya ingin berkomunikasi dengan para peminat,” kata scammer itu kepada mangsanya pada awal perkenalan mereka di media sosial. 
     
    Setelah hubungan menjadi semakin rapat, perbualan mereka berpindah ke aplikasi mesej KakaoTalk. Scammer berkenaan mula memanggil wanita itu dengan panggilan mesra seperti ‘sayang’ dan ‘manis’, yang membuatkan mangsa percaya bahawa pelakon terkenal itu benar-benar mempunyai perasaan terhadapnya. 
     
    Apabila ‘Lee Jung-jae’ mula meminta wang, mangsa tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan. – Agensi
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda