
RIYADH, 27 Sept – Arab Saudi semalam berkata ia akan membenarkan wanita memandu, negara terakhir di dunia yang berbuat demikian, yang mencetuskan rasa amat gembira dan rasa tidak percaya dalam kalangan aktivis di negara beraja yang konservatif itu, yang mana pengetatan sosial semakin dilonggarkan.
Tegahan memandu yang telah lama dikenakan dari segi antarabangsa dilihat sebagai lambang penindasan ke atas wanita di negara beraja Teluk itu dan pemansuhannya dibuat selepas penentangan bertahun-tahun lamanya daripada para aktivis wanita.
Pengumuman mengejutkan itu, yang berisiko menjengkelkan para konservatif agama, adalah sebahagian dari gesaan reformasi Arab Saudi yang bertujuan membentuk era selepas minyak dan memperbaiki lagi reputasi sejagat yang dijejaskan oleh rekod hak asasi kemanusiaannya.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn