Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Seorang wanita yang mengaku bersalah kerana memiliki sayap dan tongkeng ayam tanpa permit dari pihak kastam, dikenakan denda $2,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menjatuhkan denda itu terhadap Amalina Hamizah binti Harun, 27, yang didakwa memiliki sayap dan tongkeng ayam seberat 95 kilogram.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu apabila pemeriksaan yang dijalankan menemui sejumlah bahagian ayam di dalam keretanya di kawasan letak kereta Masjid Kampung Tamoi, pada 6 Julai 2017 sekitar jam 5:32 petang.
Defendan membayar $300 hari ini dan selebihnya diarahkan untuk dijelaskan dalam tempoh sebulan dan jika gagal berdepan dua bulan penjara.