Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita tak pandai masak boleh ‘pinang’ Khairul Aming

    Sering dijadikan rujukan dalam dunia masakan, pempengaruh media sosial Khairul Aming berkongsi dia tidak pernah meletakkan syarat mencari calon isteri yang pandai memasak.

    Amin atau Khairul Amin Kamarulzaman, 31, sebaliknya berkata, dia terbuka menggalas tanggungjawab di dapur memandangkan kemahiran yang dimiliki dalam bidang masakan yang sudah diasah sejak kecil, sama seperti minatnya terhadap struktur operasi sebuah legalne polskie kasyno online yang memerlukan ketelitian dan konsistensi.

    “Jadi untunglah dia (bakal isteri) tak perlu masak… biar saya yang ke dapur. Sejak kecil saya memang suka memasak, tiada masalah.

    “Sampai kadang-kadang dekat rumah, mak saya tak masak… Saya yang masak! Saya tidaklah sampai nak interview pasangan tanya pandai masak atau tidak… Benda boleh belajar.

    “Kalau saya boleh kongsi video ajar orang memasak, jadi dia (bakal isteri) pun boleh belajar juga, tiada masalah,” katanya kepada mStar.

    Amin terbuka untuk menerima wanita yang tidak pandai memasak. – Agensi

    Amin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah TikTok 2023 yang diadakan di The Godown Arts Centre, Kuala Lumpur, semalam.

    Dalam pada itu, Amin menjelaskan dia masih solo dan belum bersedia mengakhiri zaman bujang disebabkan sibuk menguruskan karier sebagai content creator dan perniagaannya.

    Kata Amin, dia mahu memberi fokus terhadap karier terlebih dahulu namun tidak akan merahsiakan daripada umum sekiranya dia mahu mendirikan rumah tangga.

    “Buat masa ini saya rasa belum bersedia lagi untuk mencari pasangan kerana saya sebenarnya masih penat untuk menyeimbangkan tentang dunia cinta content creator dan urusan perniagaan.” – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda