KUALA LUMPUR – Dipacu oleh impian untuk melihat golongan kurang bernasib baik mampu berdikari, seorang pembuat roti dari Ampang, Selangor menawarkan latihan membuat roti secara percuma kepada penghuni rumah anak yatim, sekali gus membuka peluang keusahawanan buat mereka. Berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang itu, Pengasas Nija Group and Academy, Sarasvathe Suppaya mahu memastikan

