Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita tunai cek bank syarikat ketahui nasib 9 Disember

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Seorang wanita tempatan telah disabitkan dengan 13 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen selepas didapati bersalah di Mahkamah Perantaraan, kelmarin.

    Norafizah binti Hapni yang akan mengetahui nasibnya pada 9 Disember telah meminta untuk dibicarakan terhadap pertuduhan itu dan melantik peguam Rozaiman Abdul Rahman bagi mewakilinya.

    Bagaimanapun, Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni mendapati kes itu dibuktikan oleh pihak pendakwaan tanpa keraguan munasabah.

    Mahkamah mendapati defendan, bekas pekerja AITI, telah menunaikan cek bank atas nama AITI dengan jumlah hampir $30,000 antara Januari hingga Ogos 2015.

    Hakim Radin Safiee akan memberi pertimbangan kepada hukuman yang dikenakan bagi setiap pertuduhan dalam menjatuhkan hukuman iaitu penjara maksimum 10 tahun dan denda.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda