Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita UK berdepan halangan meskipun kerja fleksibel

    LONDON, 9 OGOS – Wanita di United Kingdom (UK) dihalang daripada bekerja dalam sektor teknologi dan hijau yang semakin berkembang disebabkan oleh halangan termasuk latar belakang berpendapatan rendah dan kurangnya fleksibiliti, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan hari ini.

    Hasil kaji selidik oleh organisasi sosial Challenge Works, disokong oleh bank Amerika Syarikat (AS), JPMorgan Chase, keluar ketika kerajaan bersedia untuk memperkenalkan undang-undang berkaitan kerja fleksibel yang menurut laporan itu boleh diperbaiki.

    “Memandangkan kekosongan dalam industri masa depan seperti teknologi semakin meningkat dan bakat diperlukan, dua pertiga wanita daripada isi rumah berpendapatan rendah yang mempunyai anak berkata perniagaan perlu mengubah sikap mereka terhadap kerja fleksibel,” kata laporan yang mengandungi keputusan tinjauan.

    Sejumlah 2,000 orang dewasa UK telah disoal bulan lalu, termasuk wanita yang disifatkan sebagai berada dalam rumah tangga berpendapatan rendah dan mempunyai anak. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda