Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita warga Brunei maut ketika konvoi di Bera

    KUANTAN, 12 FEB – Seorang peserta wanita konvoi ‘2,000 Selekoh Malaysia’ maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera, Pahang semalam.

    Ketua Polis Daerah Bera, Supt Zulkiflee Nazir berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, warga Brunei Ili Aiman Abd Rahman, 38, meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan di Hospital Bera.

    Beliau berkata kemalangan berlaku ketika mangsa menyertai konvoi melibatkan 25 peserta warga Brunei dalam pergerakan dari Kuala Lumpur ke Tasik Bera sebelum kembali semula ke ibu negara.

    “Siasatan awal mendapati  kemalangan berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis Honda Rebel 500 dari bandar Kerayong menghala ke Mayam.

    “Apabila sampai di tempat kejadian semasa melalui selekoh, motosikal berkenaan dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan kemudian berlanggar dengan sebuah lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Zulkiflee berkata pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 28 dan 40 tahun mengalami kecederaan ringan serta dirawat sebagai pesakit luar.  – Bernama

    Wanita warga Brunei maut ketika konvoi di Bera- Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda