Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita warga emas hilang di hutan ditemui selamat

    SIBU, 11 Julai – Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di dalam hutan berhampiran Jalan Deshon di sini setelah keluar mencari sayuran hutan lewat petang semalam ditemui selamat pagi tadi.

    Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, mangsa dikenali sebagai Lau Hie Ming berusia lingkungan 70-an, dijumpai dalam keadaan letih dan tidak bermaya kira-kira 300 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

    Laporan kehilangan warga emas terbabit dibuat keluarganya kira-kira 7:19 malam tadi dan pasukan dari Balai Bomba Sungai Merah dengan kekuatan 10 anggota diketuai Ketua Balainya, Alimat Sam digerakkan ke lokasi kejadian namun gagal menemuinya.

    Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8:30 pagi tadi dan mangsa berjaya ditemui sejam kemudian.

    Wanita itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan dibawa keluar dari hutan pukul 9:57 pagi dan diserahkan kepada pasukan paramedik dari Hospital Sibu untuk tindakan lanjut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda