Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang perempuan warganegara asing yang dikehendaki untuk membantu siasatan di Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, satu laporan telah dibuat mengenai seorang perempuan warganegara Indonesia iaitu Farida Ulfa (gambar bawah), 24, dengan pasport C3848208 yang dikehendaki untuk membantu siasatan polis.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan perempuan yang dikehendaki berkenaan untuk menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah dengan menelefon terus ke talian, 2459500 sambungan 796/797 atau talian kecemasan 933 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.