Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita Zimbabwe buat beg, kraf tangan dari bahan kitar semula

    HARARE – Walaupun hanya sebutan istilah tempat pembuangan sampah mungkin menimbulkan pemikiran negatif bagi kebanyakan orang, bagi wanita Zimbabwe, mengitar semula plastik yang dilupuskan telah menjadi sumber pendapatan yang berpanjangan.

    Providence Zhou, seorang wanita yang tinggal di pinggir bandar berpendapatan rendah di Budiriro, barat daya ibu kota Harare, telah menguasai seni menenun beg bergaya dari plastik kitar semula dan bahan lain yang dikumpulkannya dari tempat pembuangan sampah.

    “Orang lain mungkin melihat plastik sebagai sampah, menjijikkan, tetapi bagi saya ketika melihatnya, saya hanya melihat seni yang murni,” kata Zhou kepada Xinhua.

    Pada mulanya membuat barang dari bahan yang dilupuskan hanyalah sebagai hobi tetapi menjadi perniagaan menguntungkan yang membolehkannya mengurus keluarganya.

    Zhou bekerja dengan ibunya, kebanyakannya di beranda rumah, memotong plastik menjadi kecil kemudian menganyamnya menjadi beg tangan berwarna-warni untuk wanita.

    Providence Zhou (kanan), menunjukkan beg-beg yang dibuatnya kepada pelanggan. – Xinhua

    “Jadi saya hanya memikirkan memilih plastik ini, warna yang berbeza, kemudian mencampurkannya dengan produk unik yang berbeza sehingga saya dapat mencari nafkah,” katanya

    Dengan mengitar semula sampah, Zhou mempromosikan budaya kitar semula yang dapat membantu menangani cabaran pengurusan sampah Zimbabwe.

    Kejayaannya sejak itu mendorong beberapa wanita lain dalam komunitinya untuk mula membuat produk daripada bahan kitar semula.

    “Jadi saya mula mengumpulkannya, memberi inspirasi kepada ramai orang dan memberitahu mereka, anda tidak perlu membuang plastik ini, ia boleh digunakan semula untuk membuat produk unik seperti apa yang saya lakukan,” katanya.

    Keseniannya telah menarik perhatian dan kekaguman orang ramai. Tahun ini, dia berjaya mempamerkan produknya di Pertunjukkan Pertanian Zimbabwe, acara pameran utama negara.

    Zhou berkata, projek itu memberi kesan yang besar dan positif kepada kehidupannya dan kehidupan banyak wanita lain dalam komunitinya dengan memberi mereka aliran pendapatan yang berkesinambungan.

    “Saya tidak cemburu dengan orang yang mengikut gaya saya, mengikut pekerjaan saya, mengambil idea saya, saya mahu orang dapat melakukan ini,” katanya.

    Selain membuat beg tangan, Zhou juga membuat tikar, permaidani dan topi, semuanya dari plastik kitar semula.

    Pembuangan sampah tetap menjadi cabaran utama di pinggir bandar Zimbabwe yang berkepadatan tinggi kerana kekurangan peralatan pengumpulan dan pelupusan sampah oleh pihak berkuasa tempatan.

    Kitar semula sampah di peringkat isi rumah dilihat sebagai kaedah berkelanjutan untuk memberikan lebih banyak faedah ekonomi dan alam sekitar kepada masyarakat setempat. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda