Monday, August 26, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Wanna Ali henti jadi penyanyi kerana sedar kemampuan diri

    Sedar kemampuan diri, pelakon Wanna Ali nekad untuk meletakkan tanda nokhtah pada kerjaya nyanyian meskipun pada awal kemunculan dikenali sebagai penyanyi.

    Mememtik dari mStar, Wanna atau Nor Syazwana Mohd Ali, 26, berkata usia semakin meningkat dewasa membuatkan dia mula bijak menilai tanggapan peminat dan dalam masa sama bimbang jika nyanyiannya secara live dikecam netizen.

    “Kerjaya nyanyian memang sudah tenggelam dan saya tidak berniat untuk teruskan. Kalau dengar saya menyanyi live, memang ‘kelaut’ sebab itu takut orang akan kecam.

    “Saya tahu kekuatan saya bukan dalam nyanyian. Kalau ada tawaran di masa akan datang pun mungkin saya tolak. Nak menyanyi bukan hanya kerana duit, saya kena jaga imej juga,” katanya kepada mStar..

    Bagaimanapun Wanna tidak dapat menolak permintaan ibunya sendiri iaitu penerbit Datuk Ayu Puteh untuk menyanyikan lagu terbaharu berjudul Bukan Sekadar Lafazyang merupakan runut bunyi drama.

    Dalam masa sama dia juga tidak keberatan sekiranya lagu tersebut dibawakan oleh artis lain sekiranya ia ingin dipertandingkan dalam mana-mana acara.

    “Saya sudah cakap kepada produser hanya menyanyi untuk OST drama itu sahaja. Kalau nak masuk pertandingan memang saya tidak boleh.

    “Jika ada penyanyi lain nak bawakan lagu itu lebih baik,” ujarnya.

    Mengimbau kenangan ketika dia mula menceburi dunia seni pada usia 15 tahun, kata Wanna ketika itu apa yang bermain di fikirannya adalah keseronokan kerana inginkan wang sampingan.

    Namanya ketika itu mula melonjak naik menerusi lagu berjudul Lepaskan.

    “Masa usia muda dahulu saya hanya sekadar cuba-cuba sahaja. Bila menyanyi dan bila dipanggil buat persembahan rasa seronok sebab dapat duit.

    “Walaupun tidaklah besar nilainya namun waktu itu ia sangat bermakna,” jelasnya. – Agensi

    Wanna hanya akan menyanyi jika ada lagu sesuai dengan vokalnya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    22 maut bas jatuh gaung di Kashmir

    ISLAMABAD, 25 OGOS – Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di daerah Poonch, Kashmir yang dikuasai Pakistan, hari...