Monday, February 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanna kini isteri Khairil Amri

    Dengan sekali lafaz, pelakon Wanna Ali sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Khairil Amri Khalid pada majlis di sebuah premis acara di Petaling Jaya, pada jam 10:40 pagi kelmarin.

    Pasangan mempelai itu diijabkabulkan jurunikah, Ustaz Abdus Salam Mahmud.

    Pada majlis itu, Wanna atau nama sebenar, Nor Syazwana Mohd Ali, 28, menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan 10 dinar.

    Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

    Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri tetamu merangkumi ahli keluarga, saudara-mara dan rakan selebriti.

    Wanna yang juga anak kepada penerbit drama dan filem, Datin Normashayu Puteh sebelum ini mengumumkan bertunang dengan Khairil Amri pada 9 November, tahun lalu, tetapi memilih berkongsi berita gembira itu pada 2 Februari lalu.

    Menurut BH Online, Wanna berkata, dia mula mengenali Khairil Amri yang juga anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sejak tahun lalu.

    Sementara itu, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan pada sebelah malam di lokasi sama dengan bertemakan tradisional. – Agensi

    Wanna dan Khairil Amri dinikahkan di hadapan keluarga, sanak-saudara dan teman-teman di sebuah premis acara di Petaling Jaya, kelmarin. – Berita Harian
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda