Sunday, February 2, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wany Hasrita beri nama anak Aishah Al Iman

    Selepas seminggu melahirkan cahaya mata pertama, penyanyi Wany Hasrita akhirnya mendedahkan nama anak perempuannya itu.

    Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, dan suami Mohd Al-Adib Fahmi Harun sepakat memilih nama Aishah Al Iman buat puteri sulung mereka itu.

    “Aishah Al Iman binti Mohd Al-Adib Fahmi genap tujuh hari dah… Alhamdulillah, pagi tadi siap cukur rambut dia, itu pun ibu (Wany) dah sebak.

    “Ibu rakam banyak gambar sebelum dia cukur tadi, padahal nanti rambut tumbuh saja semula,” katanya.

    Menurut laporan mStar, Wany berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Sabtu.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Canggung ini juga memohon peminat untuk mendoakan agar Aishah menjadi anak solehah dan berbudi pekerti.

    Uncle dan aunty doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya dan baik budi pekerti akhlaknya ya,” ujarnya.

    Wany bagaimanapun memaklumkan dia dan suami tidak melakukan majlis cukur jambul buat anak mereka dan hanya memuat naik foto sewaktu keluar daripada wad hospital selepas melahirkan.

    Wany dan suami juga memberitahu mereka akan berkongsi wajah anak mereka apabila tiba masa yang sesuai.

    Pada 8 Julai lalu, Wany selamat melahirkan anak pertama secara normal pada pukul 7:14 petang.

    Kata Wany, dia berharap agar anak sulungnya itu menjadi pengikat kasih sayang antara dia dan suami.

    Untuk rekod, Wany dan Adib mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.- Agensi

    Wany dan suami sepakat memilih nama Aishah Al Iman buat puteri sulung mereka.- Gambar mStar

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda