Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wany Hasrita dedah baju bukan dapat percuma

    Gara-gara menjual baju-baju terpakai, penyanyi Wany Hasrita menerima kecaman warganet yang menuduhnya menjual semula pakaian percuma yang diterima atas kapasiti seorang selebriti.

    Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, menjelaskan, koleksi baju yang dijual itu adalah barangan peribadi yang dibeli sendiri.

    Malah, beberapa baju bertanda ‘sample’ atau contoh yang terdapat dalam akaun media sosial miliknya itu juga merupakan baju model yang dibeli di sesebuah butik.

    “Salam, semua barang pre-loved di akaun media sosial ini semua barang yang saya beli. Tak pernah dan tak akan pernah jual barang yang saya dapat percuma. “Sample (contoh) yang dimaksudkan adalah baju sample yang dipakai sewaktu sesi fotografi produk (baju model) yang ada satu saiz sahaja dan dijual di butik tersebut.

    “Dan satu-satunya saiz yang sesuai dengan saya tanpa perlu ubah suai. Lepas itu sekarang dah tak muat dan saya nak let go la,” kata Wany.

    Penyanyi lagu Terlalu Muja itu tampil menjelaskan perkara tersebut di InstaStory miliknya selepas menerima mesej daripada individu yang kurang senang dengan perkara itu.

    “Dapat barang percuma lepas itu jual kat orang, hebat-hebat permainan. Jelas kat situ *** sample,” tulis individu tersebut.

    Dalam pada itu, Wany memberitahu individu tersebut tidak perlu berasa bimbang kerana dia masih menjaga dan mementingkan etika serta keberkatan dalam setiap apa yang dilakukannya.

    “Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda