Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wany Hasrita selamat bersalin anak damit perempuan

    Penyanyi Wany Hasrita selamat melahirkan anak damit perempuan secara normal di sebuah pusat perubatan pada petang Sabtu.

    Menurut mStar, Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, berkongsi khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

    “Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 7:14 malam secara normal.

    “Terima kasih pada semua yang mendoakan kami,” katanya.

    Menerusi perkongsian itu, Wany turut berkongsi gambar anak perempuannya yang sedang menggenggam tangannya.

    Suami dan Wany dedah anak bila sudah bersedia. – mStar

    Dalam pada itu, Wany juga berharap agar anak sulungnya menjadi pengikat kasih sayang antara dia dan suami iaitu Muhd Al-Adib Fahmi Harun, 31.

    “Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapak.

    “Membesar dengan sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak. Ibu lebiu,” tulisnya.

    Sebelum ini Wany memaklumkan bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu di Kuala Lumpur.

    Malah dia dan suami akan berkongsi wajah anak mereka apabila tiba waktu sesuai nanti.

    Untuk rekod, Wany dan suami mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda