Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Wany Kayrie dapat keputusan cemerlang

    Belajar sambil bekerja bukan sesuatu yang mudah, namun penyanyi Wani Kayrie berjaya meneruskan kecemerlangannya dalam pelajaran bagi semester ini.

    Wani, 21, yang kini pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Undang-undang dan Perdagangan (Kepujian) di sebuah universiti swasta mengakui terpaksa berkorban masa tidurnya untuk menyiapkan tugasan.

    “Simpan sini biar jadi kenangan bila dah graduate nanti. Sememangnya tidak mudah untuk belajar sambil bekerja.

    “Lagi-lagi Wani full-time student di @msumalaysia dan kena seimbangkan belajar serta karier. Orang hanya nampak Wani post pasal kerja dan seronok jalan-jalan.

    “Hakikatnya, inilah orang yang berjaga macam burung hantu sampai pagi, siapkan assignment dekat set, masuk kelas online dekat studio dan macam-macam lagi,” katanya.

    Wani Kayrie mengakui terpaksa berkorban masa tidurnya untuk menyiapkan tugasan. – Agensi

    Pemilik nama Syazwani Maisarah Abdullah ini turut berkongsi keputusan peperiksaannya yang cemerlang di semester lima di Instagram baru-baru ini.

    Menerusi perkongsian tersebut, Wani berjaya mendapat markah A dalam empat mata pelajaran, dua B dan hanya satu subjek mendapat C.

    Biarpun mendapat markah C untuk subjek perakaunan namun penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang ini tetap bersyukur dengan keputusan tersebut.

    Bagi Wani yang juga seorang pelakon ini, dia berbangga dengan dirinya yang bekerja keras menyiapkan segala tugasan biarpun jadual lakonannya padat.

    “Alhamdulillah ya Allah atas keputusan ini. Walaupun finance dapat C (memang dari sekolah tak ada bakat ya kira-kira) sampailah sekarang, tapi saya bangga dengan diri sendiri untuk subject law core. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...