Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waran ICC: Slovenia sekat Netanyahu masuk negara EU

    LJUBLJANA, 26 SEPT – Slovenia kelmarin mengumumkan negara itu telah melarang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu daripada memasuki negara Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha mempertahankan undang-undang antarabangsa.

    Keputusan itu dikaitkan dengan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, kata pegawai Kementerian Luar, Neva Grasic, menurut agensi berita rasmi STA.

    Negara-negara EU yang mempunyai kira-kira dua juta penduduk itu telah mengiktiraf negara Palestin tahun lalu, sekali gus menjadi pengkritik lantang terhadap tindakan Israel di Gaza dan langkah Slovenia terhadap Netanyahu kelmarin adalah bertujuan untuk menekankan dasar negara tersebut.

    Sebelum ini, Slovenia telah melarang Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich daripada memasuki negara itu serta mengenakan embargo senjata terhadap Israel.

    “Semua negara yang terikat dengan mahkamah antarabangsa, termasuk Slovenia, tidak boleh mengiktiraf situasi yang timbul daripada kehadiran Israel yang haram di wilayah Palestin yang diduduki dan tidak boleh menawarkan sebarang sokongan untuk mengekalkan keadaan ini,” tambahnya.

    Kerajaan Slovenia berkata melalui X, keputusan itu menghantar ‘mesej yang jelas kepada negara Israel bahawa negara Slovenia mengharapkan penghormatan konsisten terhadap keputusan mahkamah antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.’ – AP

    Benjamin Netanyahu semsa menghadiri sidang media di Pejabat Perdana Menteri, Baitulmaqdis pada 15 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda