Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waran penangkapan 70 pegawai dikeluarkan

    ANKARA, Turki, 4 Jan – Badan berita Turki mengatakan waran telah dikeluarkan untuk penahanan 70 orang pegawai tentera yang disyaki mempunyai hubungan dengan rangkaian yang diketuai oleh seorang ulama yang berpangkalan di AS, Fethullah Gulen.

    Agensi Anadolu berkata pendakwa di wilayah Konya di wilayah tengah Turki mengeluarkan waran terhadap 58 orang pegawai yang masih aktif dalam tugas serta 12 orang pegawai yang sebelumnya telah dipecat dari angkatan bersenjata.

    Operasi polis bagi penahanan suspek sedang dijalankan di 27 buah wilayah, agensi itu melaporkan.

    Turki menuduh Gulen telah mengetuai percubaan dalam rampasan kuasa tentera pada bulan Julai 2016.

    Gulen bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

    Turki telah mengisytiharkan keadaan kecemasan dan melancarkan serangan besar-besaran selepas rampasan kuasa, menyebabkan kira-kira 50,000 penangkapan dan pemberhentian lebih 110,000 orang dari pekerjaan negeri, termasuk tentera. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda