Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga 12 negara dibenarkan masuk ke Vietnam tanpa visa

    HANOI, 11 OGOS – Kerajaan Vietnam akan memberikan kemasukan tanpa visa kepada warga 12 negara bagi tujuan pelancongan, tanpa mengira jenis pasport, lapor agensi berita Vietnam hari ini.

    Inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan negara tersebut untuk mempromosikan sektor pelancongan.

    Pengecualian visa berkenaan akan diberikan kepada warga Belgium, Bulgaria, Croatia, Republik Czech, Hungary, Luxembourg, Belanda, Poland, Romania, Slovakia, Slovenia dan Switzerland.

    Dasar itu akan berkuat kuasa mulai 15 Ogos ini hingga 14 Ogos 2028.

    Menurut Pejabat Statistik Negara, Vietnam menerima 12.23 juta pelawat antarabangsa dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, meningkat 22.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda