Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Afghanistan kejar penerbangan palsu ke Turki

    ISLAMABAD, 9 FEB – Beratus-ratus warga Afghanistan, termasuk wanita dan kanak-kanak, menuju ke lapangan terbang Kabul selepas khabar angin palsu tersebar bahawa penerbangan akan berlepas ke Turki untuk membantu menyelamatkan mangsa gempa bumi.

    Video dan gambar yang disiarkan di media sosial sejak semalam menunjukkan berpuluh-puluh orang terdesak berjalan kaki dalam kegelapan dan kesejukan menuju ke lapangan terbang.

    Adegan itu mengingatkan kembali tarikh Ogos, 2021, apabila beribu-ribu orang yang terdesak menyerbu lapangan terbang untuk mendapatkan pengangkutan udara bagi melarikan diri daripada Taliban.

    Kehidupan di Afghanistan semakin suram dengan bermulanya musim sejuk, batasan kepada wanita dan kemiskinan yang teruk.

    “Saya mendengar bahawa Turki membawa keluar orang, jadi saya fikir saya boleh pergi dan membantu orang yang memerlukan,” kata Abdul Ghafar, 26, seorang penduduk Kabul yang bergegas ke lapangan terbang semalam.

    “Ini juga boleh menjadi peluang untuk saya mencari jalan keluar dari negara ini,” tambahnya lagi. – AP

    Wanita dan kanak-kanak, berpusu-pusu ke lapangan terbang Kabul selepas khabar angin palsu menyebutkan penerbangan akan berlepas ke Turki untuk membantu menyelamatkan mangsa gempa bumi. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda