Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga AS terbunuh di Tebing Barat

    WASHINGTON, 28 FEB – Seorang penduduk Israel yang terbunuh dalam keganasan di bandar Jericho, dekat Tebing Barat hari ini adalah warga Amerika Syarikat (AS), kata jurucakap Jabatan Negara itu, Ned Price.

    “Kami mengutuk pembunuhan ngeri dua warga Israel dekat Nablus dan pembunuhan seorang warga Israel di Jericho hari ini yang mana kami difahamkan beliau turut memiliki kewarganegaraan AS,” kata Price kepada pemberita.

    Bagaimanapun, Price memaklumkan tiada maklumat lanjut mengenai mangsa berkenaan.
    Namun, dalam satu ciapan oleh Duta Besar AS ke Israel, Tom Nides, beliau mengenal pasti individu itu sebagai seorang lelaki.

    “Saya boleh mengesahkan bahawa seorang warga AS terbunuh dalam salah satu serangan pengganas di Tebing Barat malam ini. Saya mendoakan yang terbaik untuk keluarganya,” tulis Nides menerusi Twitter.

    Price menggesa Israel untuk mengambil tindakan terhadap peneroka yang menjadi dalang di sebalik keganasan selain mereka yang disyaki terbabit dalam kematian warganya. – AFP

    Anggota keselamatan Israel menahan seorang pembantah di Tel Aviv pada 27 Februari 2023 semasa tunjuk perasaan menentang serangan peneroka Israel di bandar Palestin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda