Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Warga asing beli telefon dirompak empat suspek

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Empat individu telah berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Unit Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah kerana dipercayai terlibat dengan laporan kes jenayah dipercayai rompak secara berkumpulan yang berlaku di kawasan Kampung Sungai Hanching, Berakas, Daerah Brunei dan Muara.

    Tiga suspek adalah lelaki tempatan dan seorang perempuan penduduk tetap berumur antara 21 hingga 44 tahun dan ketika ini ditahan bagi siasatan lanjut pihak polis.

    Menurut PPDB, dalam kejadian berlaku sekitar awal pagi 3 Julai lalu, seorang warga asing yang merupakan mangsa kejadian telah berunding dengan seorang individu yang tidak dikenali melalui pengiklanan jual beli barang di aplikasi media sosial Facebook.

    Rundingan tersebut adalah bagi jual beli telefon bimbit yang dimiliki si penjual (suspek) dan seterusnya membuat janji temu bagi pertemuan lanjut dibuat di rumah mangsa.

    Semasa berada di luar rumahnya, mangsa telah didatangi oleh tiga individu dipercayai si penjual telefon bimbit. Selang seketika, perundingan gagal dicapai di mana mangsa tidak berpuas hati dengan telefon bimbit yang dijual kerana didapati ada sedikit kerosakan.

    Gambar Freepik

    Mangsa yang tidak berhasrat untuk meneruskan pembelian, tiba-tiba diserang oleh seorang individu lain dipercayai dipukul di bahagian belakang kepala dengan benda keras mengakibatkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri.

    Setelah sedar, mangsa menyedari bahawa sejumlah wang dan telefon bimbit miliknya telah hilang dipercayai dicuri semasa tidak sedarkan diri.

    Berikutan insiden berkenaan, mangsa segera melaporkan kejadian tersebut ke Balai Polis Berakas bagi tindakan dan siasatan dengan segera.

    Berikutan dengan laporan kejadian tersebut, Unit Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah telah dikerah bagi mengambil alih siasatan dan telah berjaya membuat penahanan ke atas empat suspek yang dipercayai mempunyai keterlibatan dengan insiden berkenaan.

    Kes disiasat di bawah B2 – Seksyen 324 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

    Kes berkenaan juga disiasat di bawah B3 – Seksyen 378 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi dan B4 – Seksyen 411 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu secara tidak jujur menerima harta curi.

    PPDB mengingatkan dan menegaskan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan pastikan keselamatan apabila membuat urusan jual beli melalui platform media sosial kerana ia mungkin sahaja perangkap yang akan mendatangkan kerugian.

     

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    Berita Berkaitan

    Ceramah tekankan sunnah Nabi untuk mengurus tekanan

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Penekanan...

    Persiapkan murid hadapi ancaman siber

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV - Seramai...

    Badminton persahabatan perkukuh profesionalisme RB, PPDB

    Para pemain Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan Pasukan...

    Brunei komited kukuh kerjasama serantau tangani TIP

    Oleh Yusrin Junaidi -  BANGKOK, THAILAND, 14 NOV – Bengkel...

    Terkini

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...