Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Seorang lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
Asaduzzaman Chowdhury didakwa mengangkat kanak-kanak di bawah umur itu dari belakang, meletakkannya di atas riba sambil memeluknya dari belakang dan menyentuh bahagian alat sulit mangsa.
Kejadian didakwa berlaku pada pagi 12 Disember di rumah keluarga mangsa.
Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada defendan dan menangguhkannya kepada 19 Disember.
Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah Abdul Rahman.


