Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga asing didakwa terlibat pengubahan wang haram

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Tiga orang warga asing telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan pengubahan wang haram dan bersubahat.
    Seorang lelaki warga Vietnam, Bui Van Tam, 36, didakwa melakukan pengubahan wang haram dengan memindahkan VND64,574,000 daripada akaun banknya di Vietnam ke akaun lain di bawah bank yang sama.

    Sementara itu, dua orang wanita warganegara Vietnam, Nguyen Thi Huong, 38, dan Le Thi Ngoc Tien, 32, dikatakan bersubahat dalam kesalahan pengubahan wang haram yang didakwa dilakukan oleh Bui Van Tam.

    Pertuduhan Pendakwa Raya Syafina Abdul Hadzid, atas pengubahan wang haram dan bersubahat boleh membawa kepada hukuman denda maksimum $500,000 dan penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya.

    Majistret Syaffina Shahif tidak merekodkan pengakuan daripada defendan dan menangguhkan kes kepada 14 September depan.

    Bui Van Tam dan Nguyen Thi Huong dibebaskan dengan ikat jamin manakala Le Thi Ngoc Tien, yang diwakili peguam Pengiran Khairul Nizam Pengiran Haji Mohd Yassin dari firma Yusof Halim and Partners, ditahan reman.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda