Oleh Fadley Faisal
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 31 tahun didenda $5,000 selepas mengaku bersalah memiliki 240 tin minuman keras seludup.
Yap Ken Hong akan menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Pemangku Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid kelmarin mendengar bahawa kesalahan berlaku pada 21 Disember pada jam 5:04 petang di Pos Kawalan Sungai Tujoh, di mana pegawai kastam mengesan barang tegahan setelah pemeriksaan dijalankan di laluan masuk.
Mahkamah mengarahkan semua barangan tersebut dirampas dan dimusnahkan.


