Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga asing ditahan kerana edar dadah

    JAKARTA, 23 OKT – Polis di Jakarta, Indonesia telah menahan seorang warga asing kerana didakwa menyeludup lebih daripada empat kilogram (kg) methamphetamine (syabu) kristal.

    Suspek, seorang warga Iran berusia 43 tahun, ditahan bersama 4.4kg dadah yang disembunyikan di dalam dua barang seramik di sebuah hotel di kawasan Penjaringan, utara Jakarta pada petang kelmarin.

    Ketua siasatan narkotik polis Jakarta, Donald Parlaungan Simanjuntak, menyatakan pada hari ini bahawa penyiasat telah menerima maklumat awal mengenai dadah yang disembunyikan dalam seramik yang dihantar dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Jakarta.

    Pegawai kemudian menjejaki penerima bungkusan, yang membawa kepada penahanan suspek. Di bawah undang-undang dadah Indonesia, mereka yang terlibat dalam jenayah berkaitan dadah menghadapi hukuman berat, termasuk hukuman penjara lima tahun hingga hukuman mati. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda