Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga asing ditahan seludup dadah di Indonesia

    JAKARTA, 23 OKT – Polis di Jakarta, Indonesia menahan seorang warga asing kerana didakwa menyeludup lebih empat kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine, lapor
    Xinhua.

    Suspek, seorang warga Iran berusia 43 tahun, ditahan dengan 4.4kg dadah yang disembunyikan di dalam dua barangan seramik di sebuah hotel di kawasan Penjaringan, utara Jakarta, kelmarin.

    Ketua Penyiasatan Narkotik Polis Jakarta, Donald Parlaungan Simanjuntak berkata hari ini, penyiasat menerima maklumat awal mengenai dadah yang diseludup di dalam seramik yang dihantar dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu, ke Jakarta.

    Pegawai kemudian menjejaki penerima bungkusan itu, yang membawa kepada penahanan suspek.

    Di bawah undang-undang dadah Indonesia, individu yang terbabit dalam jenayah berkaitan dadah berdepan hukuman berat, daripada hukuman penjara lima tahun hingga hukuman mati. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda