Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Seorang lelaki warganegara Bangladesh maut dalam kejadian langgar lari di kawasan Madang berdekatan dengan Masjid Madang kelmarin
Kemalangan tersebut berlaku pada malam Sabtu, 24 Jun 2017, kira-kira jam 9 malam, tatkala mangsa hendak menyeberangi Lebuh Raya Hassanal Bolkiah, dipercayai hendak pergi ke Masjid Madang.
Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei memohon bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut supaya menghubungi talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan, untuk membantu siasatan.