JERMAN – Seorang pekerja sosial di Timur Jerman mengakui bahawa beliau merasa terasing di tempat kerja beliau apabila beliau cuba menyentuh mengenai perkara-perkara tentang kemasukan rekod para pelarian.
“Saya perlu mengatakan bahawa kebanyakan rakan saya tidak begitu mesra terhadap warga asing dan saya hampir merasa keseorangan dalam menyentuh tentang isu ini,” kata Elisabeth kepada wartawan AFP.
Warga-warga asing memang jarang ditemui di kawasan Timur Jerman iaitu kira-kira 100 kilometer dari ibu kota Berlin, namun seperti kebanyakan bandaraya Jerman yang lain, bandar ini turut mengalami kecurigaan yang mendalam terhadap para pendatang ke kawasan itu.
Sebaik sahaja keputusan Canselor Angela Merkel untuk membenarkan sekitar satu juta pelarian untuk memasuki negara itu sejak tahun 2015 beliau telah menerima pelbagai maklum balas yang hebat namun ‘The Right Wing Populist Alternative untuk Jerman’ (AFD) iaitu gerakan anti warga asing telah beroleh keharmonian di kawasan Timur Jerman.
Pada pilihan raya negeri pada tahun 2014 iaitu sebelum krisis asing Jerman meletus, AFD telah memenangi 11 kerusi parlimen di Brandenburg di mana wilayah Frankfurt an der Order terletak.
Pesuruhjaya Polis, Wilko Moeller yang mengetuai gerakan politik AFD itu berkata bahawa rantau itu menawarkan satu potensi yang besar untuk parti protesnya.
Oleh itu, tidak dinafikan bahawa ahli AFD, timbalan pengerusi, Alexander Gauland turut bertanding untuk kerusi kebangsaan di Frankfurt an der Order pada bulan September nanti untuk pilihan raya umum.
Terlalu banyak pendatang
Dengan kawasan yang dipenuhi dengan konkrit tinggi di kawasan pusat bandar, Frankfurt an der Order yang bersempadan dengan negara Poland telah berjuang untuk menyelesaikan sisa-sisa bekas jejahan komunis.
Seperti bahagian-bahagian lain di rantau Timur Jerman, bandar ini telah kehilangan banyak penduduk.
Bandaraya ini mempunyai 87,000 penduduk dan pada suku abad kemudian, bilangan itu menurun menjadi 58,000 masih berada di bandaraya itu manakala selebihnya berpindah ke bandaraya lain untuk mencari peluang kehidupan yang lebih baik.
Kadar pengganguran dianggarkan sebanyak 10 peratus jauh melebihi kadar 5.9 peratus di seluruh dunia.
Walaupun warga asing mengisi hanya lebih satu peratus daripada para penduduk di bandar itu, kira-kira 1,400 pelarian telah mendiami bandaraya itu.
Separuh daripada pelarian itu tiba di Jerman pada tahun 2015 dan ramai penduduk Jerman mengatakan bahawa bilangan 1,400 itu masih lagi terlalu banyak.
Seorang pesara dan tidak mahu namanya disebutkan berkata, “Saya tidak fikir kemasukan pelarian ini tidak dibenarkan walaupun negara kita ialah sebuah negara sosial, kita ada masalah kita sendiri namun saya bukanlah seorang xenofobia namun bilangan itu masih terlalu banyak bagi kami.”
Negara itu dicerminkan sebagai sebuah negara yang mengalami jumlah tinggi pengganguran apatah lagi dengan kemasukan para pelarian membuatkan negara itu mengalami satu isu yang boleh mengundang isu berat.
Menurut data rasmi yang telah dikeluarkan oleh negara itu, sehingga hari ini, wilayah Timur Jerman menganggarkan sekitar 476,000 menetap di kawasan itu dan menjadikan keseluruhan penduduk Jerman sekitar 9.1 juta penduduk.


Perkauman structural
Seorang ahli sains politik di Universiti Free Berlin, Hajo Funke berkata Timur Jerman mengalami masalah struktur perkauman dan kawasan itu terkenal sebagai sebuah rejim autoriti yang tidak begitu terbuka kepada kepelbagaian dan tidak berusaha untuk mengintegrasikan warga asing.
Berikutan penyatuan semula pada tahun 1990, kebencian telah terjadi sejak jurang ekonomi dengan barat Jerman tidak menjadi kenyataan.
Hanya dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1992, rusuhan kaum telah menggegarkan bandar pantai timur Rostock dengan para perusuh cuba menentang rumah para pendatang dengan melontarkan batu-batu manakala beribu-ribu penonton yang lain pula bertepuk tangan.
Baru-baru ini, pergerakan PEGIDA anti Islam telah ditubuhkan di bandar terbesar di Timur Dresden dan telah menjalankan serangan terhadap tempat perlindungan untuk para pencari suaka di kawasan Barat Jerman.
Pihak NPD Neo Nazi telah memilih sekitar 264 pegawai perbandaran di kawasan timur berbanding hanya 74 di kawasan barat.
Funke menyatakan bahawa rusuhan yang dilakukan di Rostock menjadi templat kepada keganasan untuk beberapa generasi dan menjadi tarikan dengan gerakan pelampau.
Namun, AFD menolak sebarang pandangan perkauman di Timur Jerman.
Pejabat AFD terletak di pusat bandar namun seorang penyokong gerakan itu, Gerd berkata, “Kami tidak mahu Nazi untuk kembali lagi dan mereka tidak mahu individu seperti Hitler.
“Saya percaya bahawa kebanyakan individu mendustakan malah mendalami sifat perkauman dan menolak pendatang namun sering mempunyai hubungan dengan para pelarian.
Apa yang penting ialah kita cuba meletakkan mereka dalam hubungan dan membina hubungan yang positif dengan mereka dan bergerak bersama mereka,” kata Thomas Kaehn yang bertanggungjawab dengan kumpulan bantuan asing kepada wartawan media mengakhiri temu ramah. – AFP