Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga asing miliki rokok didenda lebih $180,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang lelaki warga Taiwan membayar denda $186,400 kerana memiliki 193 karton rokok pelbagai jenama.

    Mohd Zain bin Abdullah @ Wu Kuo Zhao, 54, perlu menjalani hukuman penjara dua tahun jika gagal membayar denda.

    Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni mendengar daripada pihak pendakwa raya kastam bahawa defendan didapati menyimpan sejumlah besar barangan seludup di sebuah rumah di Rumah Kembar, Perumahan STKRJ Rimba.

    Penemuan itu adalah hasil operasi bersama yang dilaksanakan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan penguat kuasa Biro Kawalan Narkotik pada pukul 3:30 pagi 18 Ogos 2020.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda