Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Warga asing nikmati layanan hospitaliti M’sia di rumah terbuka

    PUTRAJAYA, 8 MEI – Sebuah keluarga dari Jepun merupakan antara mereka yang hadir awal ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, bagi mengalami suasana Aidilfitri Keluarga Malaysia di Kompleks Seri Perdana di sini.

    Untuk bersama-sama meraikan musim perayaan, Hiro Hiyama dan anaknya hadir berbaju Melayu berwarna biru, manakala anaknya yang berusia sembilan tahun memakai pakaian tradisi Jepun, kimono berwarna hijau.

    “Isteri saya mencadangkan kami untuk hadir ke rumah terbuka ini, di mana kami boleh bertemu ramai orang Malaysia di sini (Seri Perdana), termasuk pemimpin Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah terbuka itu di sini hari ini.

    Hiyama, 39, yang telah tinggal di Malaysia sejak November 2021 turut bercakap mengenai hubungan dua hala Malaysia-Jepun yang dikatakannya sebagai hubungan yang amat rapat dan kuat.

    Majlis bertemakan ‘Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri’ itu, merupakan yang kali pertama dihoskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas dilantik sebagai perdana menteri pada 20 Ogos 2021, dan juga Anggota Jemaah Menteri.

    Majlis rumah terbuka dari 9:30 pagi sehingga 4 petang itu, berkonsepkan suasana kampung selain menghidangkan pelbagai juadah tradisi ala desa.

    Sehingga tengah hari ini, lebih 30,000 tetamu telah menghadiri majlis rumah terbuka itu. – Bernama

    Orang ramai hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri tahun 2022 di Kompleks Seri Perdana semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...