Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Warga asing terlibat pelacuran ditahan

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Dua orang wanita warganegara asing berusia 34 dan 39 tahun telah ditahan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam serbuan di Kampung Tanjong Nangka, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, hari ini, Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat (USPPPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), PPDB menjalankan satu serbuan pada kira-kira pukul 9 malam di sebuah rumah sewa di Kampung Tanjong Nangka.

    Hasil daripada serbuan itu, pihak polis telah menahan dua orang wanita warganegara asing yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran.

    Suspek dan kesemua barang rampasan, iaitu sebuah telefon bimbit dan wang tunai, ditahan dan dibawa ke JSJ untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

    Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 294A Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, atas kesalahan menawarkan khidmat seks. PPDB menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras kegiatan tidak bermoral yang boleh mengancam kesejahteraan masyarakat.

    Orang ramai juga diseru supaya terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat yang relevan bagi membantu pihak berkuasa dalam usaha mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.

    Barang bukti yang dirampas pihak berkuasa. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Berita Berkaitan

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Terkini

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...