Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Australia bantu kumpulan IS diberkas

    SYDNEY, 28 Feb – Seorang warga Australia hari ini didakwa membantu kumpulan Islam IS memajukan senjata berteknologi tinggi, termasuklah kemampuan peluru berpandu jarak jauh.

    Haisem Zahab, juruelektrik berusia 42 tahun bekerja sendirian dan tidak ada ancaman keganasan tempatan, menurut Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia, Andrew Colvin.

    Kami akan mengatakan dia telah menggunakan internet untuk melakukan perkhidmatan untuk ISIL,” kata Colvin dengan menggunakan nama akronim bagi kumpulan pejuang jihad itu

    “Pertama, dengan melakukan penyelidikan dan mereka peranti amaran laser untuk membantu memberi amaran daripada peluru pandu yang datang, yang digunakan oleh pasukan bersekutu di Syria dan Iraq.”

    “Kedua, kami juga mengatakan bahawa dia telah melakukan penyelidikan, mereka dan membentuk sistem untuk membantu usaha ISIL untuk memajukan kemampuan peluru berpandu jarak jauh mereka sendiri.”

    Zahab, dari bandar Young, 165 kilometer dari Canberra, bandar Australia, dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan serangan mendadak luar negara yang boleh di hukum penjara seumur hidup.

    Dia tidak dibenarkan diikat jamin dan akan dihadapkan lagi pada 8 Mac.

    “Kami percaya dia mempunyai rangkaian dan hubungan dalam ISIL tidak semestinya di zon-zon konflik, tetapi di beberapa bahagian lain di dunia juga dan dia tidak bergantung pada semua itu untuk menyerahkan maklumat ini,” kata Crown, dengan menambah kata bahawa penyelidikannya ‘agak sofistikated’. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda