Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Australia dihukum mati seludup dadah

    BEIJING, 14 JUN – Seorang warga Australia telah dijatuhi hukuman mati di China atas tuduhan menyeludup dadah, dalam keputusan yang mungkin memburukkan ketegangan di antara Beijing dan Canberra.

    Kementerian luar Australia berkata ia ‘amat sedih’ dengan keputusan itu dan menekankan tentangan negaranya terhadap hukuman mati.

    Lelaki itu, dinamakan dalam Bahasa China sebagai ‘Kamu Jielaisibi’ dan dikenal pasti oleh media Australia sebagai Cam Gillespie, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Rakyat Perantara Guangzhou pada Rabu, menurut satu notis yang disiarkan di laman sesawang mahkamah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda