Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Australia dikehendaki Itali ditahan

    DENPASAR, INDONESIA, 8 FEB – Polis di pulau peranginan Bali, Indonesia telah menahan seorang warga Australia yang dikehendaki oleh Itali sejak 2016 atas tuduhan mengedar dadah.

    Antonio Strangio yang memiliki dua kewarganegaraan Itali dan Australia itu telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali sebaik tiba dari Kuala Lumpur, Malaysia, Khamis lalu, kata seorang pegawai imigresen, Antonius Parlindungan.

    Suspek dikenal pasti menerusi notis merah Interpol, katanya hari ini.

    Dia dikehendaki polis Itali atas tuduhan mengedar 160kg (352g) ganja, kata penolong penyiasat, Jessica Febria Tokilov. Dia mengatakan Strangio sedang transit di Bali dalam perjalanannya ke Adelaide.

    Dia sedang menunggu penghantaran pulang ke Itali, katanya. – AP

    Antonio Strangio semasa dibawa ke ibu pejabat polis serantau di Denpasar, Bali, Indonesia pada 8 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda