Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Bangladesh diarah bayar $31,000 gara-gara seludup rokok

    Oleh Nour Maghfirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV –   Mahkamah Majistret hari ini telah memerintahkan seorang warga Bangladesh menyelesaikan denda $31,000 selepas dia mengaku bersalah memiliki 31 karton rokok seludup pelbagai jenama.

    Masud Miah, 29, perlu menjalani hukuman penjara 14 bulan jika gagal membayar denda.

    Defendan mengaku di hadapan Majistret Nursariy Shahmina Jaffri bahawa rokok itu ditemui oleh sepasukan pegawai pencegah kastam di kuarters tempat kerjanya di tempat letak kereta bawah tanah (basement) Kompleks 333, Jalan Pandan 7, Kuala Belait pada 11.02 pagi, 18 November lalu.

    Rokok tersebut diarah untuk dimusnahkan.

    gambar freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda