Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Warga Bangladesh didenda, miliki dan jual rokok seludup

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Mahkamah Majistret, kelmarin, memerintahkan seorang warga Bangladesh membayar denda $22,000, atau berisiko menjalani hukuman penjara 13 bulan jika gagal membayar, kerana memiliki rokok seludup, wang tunai daripada penjualan haram rokok dan telefon bimbit yang digunakan dalam penjualan haram itu.

    Md Yousuf Khan, 25, ditahan di sebuah rumah di Kampung Delima Dua pada jam 10 malam pada 10 Januari oleh sepasukan pegawai pencegahan Kastam dalam satu operasi.

    Majistret Fatin Fikriyah binti Haji Rosli mengarahkan rokok itu dimusnahkan, wang tunai dan telefon bimbit dilucuthakkan kepada negara ini.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...