Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Britain dipenjara 18 tahun cuba seludup 2 tan kokain

    LONDON, 26 MEI – Seorang lelaki Britain telah dipenjarakan selama 18 tahun kerana cuba menyeludup dua tan kokain ke UK menggunakan kapal layar mewah, kata Agensi Jenayah Nasional hari ini.

    Andrew Cole, 33, telah ditangkap pada September bersama lima warga Nicaragua di kapal layar Kahu luar selatan pantai English, semasa mengambil dadah itu daripada kapal lain yang berlayar dari Suriname.

    Kokain itu bernilai sekitar AS$200 juta. Sebuah mahkamah di Exeter, barat daya England, dimaklumkan yang Cole telah membuat perjalanan ke Costa Rica, Panama, Miami dan Barbados untuk merancang operasi itu sebelum Kahu berbendera Jamaica itu berlayar.

    Kapal lain dijangka bertemu Kahu di Channel dan mengambil hantaran dadah tersebut.

    Lima lagi lelaki, kapten dan empat kru telah dibebaskan oleh juri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda