Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Britain maut kemalangan di Panaga

    Oleh Yusrin Junaidi

    SERIA, 30 OGOS – Lelaki warga Britain, 42, maut dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di kawasan F4, Jalan Tengah, Panaga hari ini.

    Menurut kenyataan yang diterima di sini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menerima panggilan kecemasan pada jam 3:37 petang mengenai kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal. PPDB mengerahkan anggota dari Balai Polis Panaga ke tempat kejadian.

    Hasil siasatan awal mendapati mangsa warga Britain itu menunggang sebuah motosikal dipercayai merempuh sebuah kereta di hadapannya ketika hendak memasuki persimpangan jalan.

    Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dan disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas.

    Menurut kenyataan, PPDB masih menjalankan penyiasatan terperinci mengenai punca kejadian sebenar.

    Sehubungan itu, PPDB menasihatkan para pengguna jalan raya agar sentiasa peka tentang had kelajuan dan sentiasa fokus ketika memandu.

    Motosikal yang digunakan mangsa ketika kemalangan maut itu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda