Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Chile berarak tuntut tamat sistem pencen

    SANTIAGO, 27 Mac – Beribu-ribu orang berarak di bandar-bandar besar di Chile semalam untuk menuntut penamatan penswastaan sistem pencen yang dibentuk lebih 35 tahun lalu di bawah kepimpinan diktator Augusto Pinochet.

    Dengan memukul dram dan membawa sepanduk dan papan tanda, para pembantah berarak melalui tengah Santiago untuk melahirkan tentangan terhadap sistem pencen itu yang dikenali dengan akronim bahasa Sepanyol sebagai AFP.

    “Kami akan menamatkan AFP , suka atau tidak,” kata Luis Mesina, penyelaras gerakan bantahan itu dan pemimpin perarakan aman di Santiago.

    Para pembantah juga mengadakan demonstrasi besar-besaran di bandar-bandar Valparaiso, Concepcion dan Valdivia.

    Sistem itu, yang mengurus dana AS$170 bilion telah diselar kerana pulangan rendah kepada para pesara yang menjangkakan pembayaran tahunan berjumlah 70 peratus dari gaji mereka yang lalu.

    Seorang lelaki berkasut roda ikut serta dalam perarakan menentang sistem pencen di Santiago, Chile pada 26 Mac. – AP
    Seorang lelaki berkasut roda ikut serta dalam perarakan menentang sistem pencen di Santiago, Chile pada 26 Mac. – AP

    Ia dibentuk pada tahun 1981 oleh seorang ahli ekonomi neo-liberal yang dipengaruhi oleh Milton Friedman dari Universiti Chicago.

    Dikenali sebagai ‘Chicago Boys’ ia telah mengganti sistem ‘pay-as-you-go’ yang dibiayai kerajaan yang mana para pekerja dan majikan mereka membayar perkadaran perolehan mereka ke dalam dana pencen yang dikendalikan secara swasta.

    Sistem itu secara meluas diusahakan namun tidak disukai, dengan ramai penduduk Chile mengalami kesukaran dengan faedah yang tidak seberapa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda