Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga China terlibat dalam pelacuran

    Oleh Fadley Faisal

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Seorang wanita warga China telah didakwa di Majistret di sini hari ini, atas kesalahan terlibat dalam pelacuran.

    Tiada pengakuan diambil daripada Yunfeng Zeng, 28, sementara Majistret Kanan Lailatul Zubaidah Hussain memberi peluang kepada pihak polis menjalankan siasatan.

    Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Hajah Nor’ Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin dalam pendakwaannya menyatakan bahawa defendan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang lelaki di sebuah hotel di ibu negara bagi jumlah $100 pada petang 27 Disember 2017.

    Mahkamah menetapkan 30 Disember 2017 bagi mendengarkan kes berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda