Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga DST bertahlil di kubah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Datastream Digital Sdn Bhd (DST) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Membaca Surah Yasin bagi Al-Marhum Sultan Haji
    Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

    Antara yang hadir ialah Pengerusi DST, Haji Sofian bin Haji Mohammad Jani; Timbalan Pengerusi DST, Haji Muhammad Yazid bin Dato Paduka Haji Mahadi; Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri Radin Basiuni berserta pihak pengurusan dan kakitangan DST.

    Majlis keagamaan itu adalah antara aktiviti tahunan DST dalam sama-sama menyemarakkan lagi keindahan bulan suci Ramadan di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

    Pengerusi DST bersama pegawai dan kakitangan syarikat yang hadir di Kubah Makam Diraja, kelmarin. – Gambar serahan DST
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda